MACCOPS LIVE IN

 

MACCOPS 2017 atau Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia merupakan program kali ke-3 dianjurkan oleh ANGKASA dan merupakan acara tahunan dalam menampilkan produk dan perkhidmatan koperasi di seluruh negara. MACCOPS adalah satu jenama yang akan memartabatkan produk dan perkhidmatan gerakan koperasi Malaysia di seluruh negara dan dunia global. Produk dan perkhidmatan koperasi yang terlibat secara langsung dalam MACCOPS 2017 akan diberikan peluang untuk pembangunan dan pengembangan sehingga ianya setanding dengan produk utama di pasaran dalam dan luar negara..

Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi atau ‘MACCOPS’ telah dilancarkan pada tahun 2014 dan inisiatif ini dibuat oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad dalam usaha untuk memartabatkan produk-produk dan perkhidmatan koperasi di peringkat nasional dan antarabangsa. Salah satu tujuan MACCOPS diadakan adalah untuk membangun dan meningkatkan prestasi sosio ekonomi serta mempromosikan aktiviti-aktiviti keusahawanan gerakan koperasi seluruh negara.
MACCOPS telah berjaya dianjurkan buat kali kedua pada tahun 2015 yang mana program ini telah menyediakan landasan serta infrastruktur untuk menghubungkan masyarakat dan perniagaan koperasi di peringkat nasional dan ASEAN. Impak dari penganjuran telah dapat dibuktikan dengan penyertaan 200 pempamer koperasi tempatan dan koperasi-koperasi dari negara ASEAN.


MACCOPS 2017 menawarkan acara yang lebih menarik apabila kali ini dianjurkan serentak dengan ICAKL2017. Justeru itu, penganjuran ini akan berfokus kepada transformasi perniagaan koperasi ke peringkat yang lebih tinggi dan akan membuka peluang kepada koperasi untuk meneroka ruang perniagaan yang lebih luas apabila acara ini digabungkan dengan penyertaan koperasi antarabangsa.
Kesamaan dalam Kepelbagaian adalah tema yang dipilih bagi menggambarkan semangat kekitaan atau solidariti dan kesamaan melalui berkoperasi.
Seperti yang kita maklum, koperasi membangunkan pelbagai aktiviti ekonomi bermula dari sektor pemborongan peruncitan, pelancongan penjagaan diri dan kesihatan, kewangan, hartanah, pertanian dan industri asas tani, perladangan dan juga telekomunikasi serta inovasi.


Melalui platform MACCOPS ini, ia dapat disatukan melalui perkongsian nilai, prinsip serta falsafah koperasi.
Tujuan yang paling utama adalah untuk membangunkan anggota dari segi sosio, ekonomi dan budaya.


Objektif


• Untuk menyediakan platform antarabangsa bagi menghubungkan masyarakat dan perniagaan koperasi.

• Untuk mempromosikan aktiviti keusahawanan koperasi di kalangan anggota-anggota.

• Untuk mempromosikan faedah-faedah rangkaian perniagaan C2C.


Aturcara-aturcara menarik:

 
1. Pameran produk dan perkhidmatan koperasi.
2. Sesi pemadanan perniagaan antara koperasi dengan koperasi serta koperasi dengan rakan strategik koperasi.
3. Seminar dan ceramah-ceramah perniagaan oleh penceramah tempatan dan antarabangsa.
4. Pertunjukkan kebudayaan oleh badan-badan kebudayaan pelbagai budaya dan juga koperasi sekolah.
5. Sesi demonstrasi produk dan perkhidmatan yang akan memberi ruang kepada para pempamer untuk mempromosi produk dan perkhidmatan.

BERSAMA MEMERIAHKAN MACCOPS 2017

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN MALAYSIA. 
Persembahan kebudayaan dan kesenian Malaysia daripada pelajar-pelajar sekolah terpilih. Antaranya ialah Tarian Zapin, Tarian Rampaian 1 Malaysia, Tarian Alu-Alu dan persembahan Caklempong




 


 DEMO PRODUK KOPERASI. 
Pelbagai demonstrasi produk koperasi yang terpilih di pentas utama untuk memperkenalkan produk baru yang berpotensi sepanjang Maccops 2017 bermula 15 hingga 19 November 2017 bertempat di Sunway Piramid Convention Centre.


MOTIVASI USAHAWAN. 

Pelbagai pengisisan program ilmiah seperti ceramah Taking Existing Achievements To Scale, Business Macthing Bersama Matrade, Program Motivasi Keusahawanan dan business talk  “Berniaga Cara Abdul Rahman Bin Auf”, Boom Bisnes Bersama Gajet, Konvensyen Hemodialisis, Pembangunan Pusat Pengedaran Koperasi dan banyak lagi.


KUIZ & PERTANDINGAN. 
Khas untuk pengunjung yang berkunjung, rebutlah peluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan melalui kuiz keusahawan koperasi dan pelbagai pertandingan yang telah disediakan sepanjang acara Maccops.

PETIKAN KATA ALUAN

Koperasi di seluruh negara disaran menyertai MACCOPS 2017 kerana ia memiliki banyak manfaat, meningkatkan tahap kecemerlangan produk dan perkhidmatan koperasi serta dapat meluaskan pasaran ke seluruh negara. AYUH SEGERA MENDAFTAR DI MACCOPS 2017!


                        Dato' Hj. Abdul Fattah Abdullah
                              Presiden ANGKASA

MACCOPS 2017 antara acara terhebat sektor koperasi tahun ini! Jangan ketinggalan mengikuti penganjuran ekspo produk koperasi terbesar di Malaysia oleh ANGKASA. Luaskan pasaran! Kepada pengguna..dapatkan produk bermutu tinggi koperasi!


                               Dato' Hamzah Zainudin
                               Menteri KPDNKK Malaysia

Alhamdulillah ANGKASA dapat mengumpulkan sejumlah besar koperasi berpotensi untuk menyertai MACCOPS 2017, satu acara yang julung kalinya diadakan bagi mengangkat martabat koperasi dalam sektor perniagaan. Para koperator dan orang awam, ayuh meriahkan MACCOPS 15-19 Nov 2017!


                                Dato' Hj. Kamaruddin Ismail
                                Pengerusi Jawatankuasa Induk
                                MACCOPS 2017

as

M

Follow MACCOPS 2017

    

Carian MACCOPS

Pelawat Online

MACCOPS.COOP WEBSITE HITS
46164

KEMUSYKILAN? TANYA MACCOPS

CAPTCHA

HUBUNGI URUSETIA MACCOPS

URUSETIA MACCOPS 2017
Bahagian Perkhidmatan Kepenggunaan

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
Wisma Glomac, Jln SS6/1, Kelana Jaya
47301 Selangor. Malaysia

Tel -- : +603 7884 6600

Faks -- : +603 7884 6605

Emel -- : maccops2017@gmail.com

Web -- : www.maccops.coop