INFO SELANGOR

            Negeri Selangor Darul Ehsan merupakan salah sebuah negeri daripada tiga belas buah negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Negeri ini juga bersempadan dengan Negeri Perak di utara, Pahang di timur, Negeri Sembilan di selatan dan Selat Melaka di sebelah barat. Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam dan merupakan bandar raya pertama di negeri ini. Bandar di raja negeri ini ialah Klang. Selangor merupakan negeri yang paling kaya di Malaysia berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita. Negeri ini juga merupakan negeri paling maju di Malaysia dengan kemudahan infrastruktur yang terbaik seperti lebuhraya dan pengangkutan awam. Pada 27 Ogos 2005, kerajaan Negeri Selangor mengisytiharkan Selangor sebagai negeri berstatus maju yang pertama di Malaysia. Sesuai dengan kedudukan Negeri Selangor yang sering memainkan peranan sebagai penentu rentak pelbagai dimensi pembangunan Malaysia, maka pengisytiharan ini menandakan Selangor sebagai produk pertama Wawasan 2020. Malah bermula Januari 2017, Kerajaan Negeri telah menguatkuasakan kempen hijau iaitu “Go Green” atau lebih dikenali sebagai negeri tanpa plastik.

HOTEL

Sekiranya berkunjung ke Selangor tidak sukar untuk mencari hotel penginapan kerana hotel-hotel mudah didapati di sini. Antaranya ialah Concorde Hotel Shah Alam, Holiday Villa Subang, Hotel Dorsett Subang, Hotel Sunway, Hotel Hilton dan banyak lagi.

 

 Terdapat juga beberapa hotel yang diuruskan oleh koperasi yang terlibat dalam Program Jaringan Coop Hotel ANGKASA antaranya Hotel Aliya di Klang, Hotel Coop Putrjaya& Cyberjaya di Dengkil dan Hotel Carlton di Shah Alam.

 

MEMBELI  BELAH

Malaysia merupakan syurga membeli belah dengan pelbagai pilihan pusat membeli belah komersil hingga ke bazaar tempat jualan cenderahati yang boleh didapati dengan harga lebih murah jika anda pandai menawar. Selangor salah sebuah negeri yang menjadi tumpuan para pelancong dan pengunjung apabila berkunjung ke Malaysia. Lokasinya yang berdekatan dengan Kuala Lumpur merupakan satu kelebihan dan banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Kemudahan jaringan pengangkutan awam seperti bas, LRT, MRT, komuter, teksi dan terkini kemudahan perkhidmatan Uber dan Grab Car memudahkan pengunjung untuk bergerak ke satu-satu destinasi.

Antara pusat membeli belah komersil yang terdapat di Selangor adalah Sunway Piramid yang terletak di Subang Jaya. Reka bentuk mall yang menyerupai tugu singa dan piramid pasti akan menarik perhatian pengunjung untuk mengabadikan gambar kenangan.  Malah di sini juga dilengkapi dengan hotel dan taman tema air yang pastinya disukai oleh kanak-kanak.

 

Selain itu pengunjung juga boleh membeli belah di Paradigm Mall, The Curve One Utama dan IKEA. Sekiranya berminat dengan barangan berjenama di zon bebas cukai anda boleh berkunjung ke Mitsui Factory Outlet yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA.

 

Sekiranya berkesempatan boleh berkunjung ke spa milik koperasi Kop.Peserta Peserta Felcra Darat Batu Berhad yang terletak di Banting, Selangor. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah urutan kaki, urutan belikat, cool foot sock, henna art, mini medicure, herbal foot sock, foot sauna dan urutan Malaysia.

KEMUSYKILAN? TANYA MACCOPS

CAPTCHA

HUBUNGI URUSETIA MACCOPS

URUSETIA MACCOPS 2017
Bahagian Perkhidmatan Kepenggunaan

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
Wisma Glomac, Jln SS6/1, Kelana Jaya
47301 Selangor. Malaysia

Tel -- : +603 7884 6600

Faks -- : +603 7884 6605

Emel -- : maccops2017@gmail.com

Web -- : www.maccops.coop