Dengan penyertaan lebih 100 pempamer yang terdiri daripada koperasi, badan-badan kerajaan termasuk sektor swasta, program ini dijangka dapat memperoleh impak yang boleh dijangkakan positif

MACCOPS 2017 menawarkan pelbagai rangkaian produk dan perkhidmatan dari kluster-kluster berikut :

  • Pelancongan dan perkhidmatan kesihatan
  • Pertanian dan perladangan
  • Hartanah
  • telekomunikasi
  • Kewangan
  • Peruncitan dan pemborongan
  • Produk usahawan koperasi bimbingan ANGKASA

 

Pelbagai acara menarik juga bakal dipersembahkan termasuk :

  • Demonstrasi produk
  • Pertandingan gubahan bunga
  • Pertandingan gubahan hantaran
  • Pertandingan mewarna (kanak-kanak)
  • Cabutan bertuah

 

Melalui usaha promosi dan pengiklanan yang dibuat secara aktif, program ini dapat mewujudkan dan meningkatkan permintaan pasaran terutama daripada “untapped market” iaitu masyarakat setempat dan seluruh negara umumnya. Secara tidak langsung ia dapat menjayakan kempen “Jom Beli Produk Koperasi”.

Membuka peluang pasaran yang lebih luas bagi produk-produk koperasi melalui penawaran kepelbagaian jenis produk dan perkhidmatan terutama kepada sasaran pasaran iaitu masyarakat setempat (Sekitar Lembah Klang).

Menjana dan meningkatkan pendapatan koperasi dan usahawan koperasi terutama bagi koperasi-koperasi yang menyertai Program Pembangunan Produk.

Kerjasama dikalangan usahawan koperasi termasuk koperasi-koperasi serta agensi-agensi dapat diwujudkan melalui penyertaan dalam pameran dan aktiviti pengisian yang dirancang.

 

SIAPA YANG AKAN MENGUNJUNGI MACCOPS 2017 @ PUSAT KONVENSYEN SUNWAY PRYAMID?

MACCOPS 2017 terbuka kepada seluruh lapisan pengunjung dari pelbagai latarbelakang seiring objektif utama untuk memperkenalkan produk-produk dan perkhidmatan koperasi kepada seluruh rakyat Malaysia.

KEMUSYKILAN? TANYA MACCOPS

CAPTCHA

HUBUNGI URUSETIA MACCOPS

URUSETIA MACCOPS 2017
Bahagian Perkhidmatan Kepenggunaan

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
Wisma Glomac, Jln SS6/1, Kelana Jaya
47301 Selangor. Malaysia

Tel -- : +603 7884 6600

Faks -- : +603 7884 6605

Emel -- : maccops2017@gmail.com

Web -- : www.maccops.coop