Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi atau ‘MACCOPS’ telah dilancarkan pada tahun 2014 dan inisiatif ini dibuat oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad demi untuk memartabatkan produk-produk dan perkhidmatan koperasi diperingkat nasional.

MACCOPS telah berjaya dianjurkan buat kali kedua pada tahun 2015 yang mana program ini telah menyediakan landasan serta infrastruktur untuk menghubungkan masyarakat dan perniagaan koperasi di peringkat nasional dan ASEAN. Impak dari penganjuran telah dapat dibuktikan dengan penyertaan 200 pempamer koperasi tempatan dan koperasi-koperasi dari negara ASEAN.
MACCOPS 2017 menawarkan program yang lebih menarik apabila kali ini dianjurkan serentak dengan ICAKL2017.
MACCOPS 2017 akan berfokus kepada transformasi perniagaan koperasi ke peringkat yang lebih tinggi dan akan membuka peluang kepada koperasi untuk meneroka ruang perniagaan yang lebih luar apabila acara ini digabungkan dengan penyertaan koperasi antarabangsa.


OBJEKTIF MACCOPS :


1. Untuk menyediakan platform antarabangsa bagi menghubungkan masyarakat dan perniagaan koperasi.
2. Untuk mempromosikan aktiviti keusahawanan koperasi di kalangan anggota-anggota.
3. Untuk mempromosikan faedah-faedah rangkaian perniagaan C2C.

TEMA : KESAMAAN DALAM KEPELBAGAIAN (EMBRACE THE DIFFERENCE).


MACCOPS 2017 membawa mesej ataupun tema Kesamaan dalam Kepelbagaian (Embrace The Difference). Tema yang dipilih ini bagi menggambarkan semangat kekitaan atau solidariti dan kesamaan melalui berkoperasi. Malaysia digagaskan dengan kesamaan dalam kepelbagaian. Masyarakat majmuk mencerminkan Malaysia di mata dunia melalui pelbagai keunikan. Bahasa, makanan, budaya, cara hidup, kepercayaan dan lain-lain lagi.
Warna-warni ini dilakarkan sekali dalam MACCOPS yang membawa ideologi kesamaan dalam kepelbagaian tersebut dengan memberi ruang dan peluang yang sama rata kepada semua warga Malaysia khususnya koperasi disamping mempertahankan identiti dan prinsip-prinsip koperasi.


PELBAGAI PRODUK DAN PERKHIDMATAN
Produk yang dibawakan dalam MACCOPS menepati piawaian produk eksport iaitu halal, berkualiti dan selamat dengan jaminan pensijilan Kementerian Kesihatan, JAKIM dan lain-lain. Keupayaan koperasi selaku pengeluar produk kini setanding dengan pengeluar-pengeluar antarabangsa. Malah, terdapat di dalamnya produk yang tidak pernah dikeluarkan mana-mana negara untuk dinikmati oleh warga Malaysia sendiri.
8 sektor bakal memperlihatkan keistimewaan produk dan perkhidmatan masing-masing. Pelancongan dengan tarikan dan keindahan seluruh negara ini hingga ke Sabah dan Sarawak. Pertanian dengan kaedah dan strategi baru yang pelbagai untuk diperkenalkan malah dilihat keberkesanan pelaksanaannya. Impak daripada sektor teknologi maklumat juga tidak kurang membantu pertumbuhan ekonomi dan menaikkan taraf hidup masyarakat luar bandar sangat boleh dijadikan contoh membina motivasi diri dalam membina empayar perniagaan.
Produk dan perkhidmatan :
i. Produk-produk tempatan : Makanan dan minuman, Penjagaan diri dan kesihatan, Produk berasaskan teknologi, hartanah dan pertanian.
ii. Perkhidmatan koperasi tempatan : Pelancongan, Kewangan, Teknologi Maklumat serta Penjagaan Diri dan Kesihatan
iii. Produk dan Perkhidmatan Antarabangsa: Iran, China dan India

Produk dan perkhidmatan terpilih mengikut standard dan kualiti peringkat antarabangsa.

PELBAGAI AKTIVITI PENGISIAN MENARIK
• Seminar dan konvensyen
• Pameran produk dan perkhidmatan koperasi
• Bengkel-bengkel berkaitan keusahawanan dan perniagaan
• Pelancaran produk dan persefahaman perniagaan antara koperasi
• Pemadanan perniagaan: tempatan dan antarabangsa
• Program jaringan koperasi bersempena ICAKL
• Demonstrasi produk dan perkhidmatan koperasi
• Pertunjukkan kebudayaan koperasi sekolah dan komuniti
• Acara tarikan seperti Kuiz Koperasi dan Cabutan Bertuah untuk para pengunjung.


IMPAK
• Mencapai nilai urusniaga lebih RM10 juta dari pasaran tempatan mahupun antarabangsa.
• Meningkatkan bilangan rakan dagang dalam rangkaian perniagaan koperasi dengan koperasi (C2C).
• Bilangan koperasi yang dapat menempatkan produk dan perkhidmatan dalam pasaran terbuka meningkat.

SIAPA YANG AKAN MENGUNJUNGI MACCOPS 2017 @ PUSAT KONVENSYEN SUNWAY PYRAMID?

MACCOPS 2017 terbuka kepada seluruh lapisan pengunjung dari pelbagai latarbelakang seiring objektif utama untuk memperkenalkan produk-produk dan perkhidmatan koperasi kepada seluruh rakyat Malaysia.

 

KEMUSYKILAN? TANYA MACCOPS

CAPTCHA

HUBUNGI URUSETIA MACCOPS

URUSETIA MACCOPS 2017
Bahagian Perkhidmatan Kepenggunaan

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
Wisma Glomac, Jln SS6/1, Kelana Jaya
47301 Selangor. Malaysia

Tel -- : +603 7884 6600

Faks -- : +603 7884 6605

Emel -- : maccops2017@gmail.com

Web -- : www.maccops.coop